Friday 22 March 2013

THE SCANDINAVIAN-->DENMARK




 BENDERA DENMARK


Sejarah Denmark
Denmark terletak di utara Jerman dan Poland, Timur Laut Sweden dan selatan Norway. Ianya juga bersempadan dengan Laut Baltik dan Laut Utara dan semenanjung yang bersambung dengan Jerman serta pulau-pulau kecil. Denmark juga merupakan negara Nordik yang paling kecil. Selain daripada itu juga, Denmark mempunyai penduduk seramai 5,55 juta orang yang dikenali sebagai negara yang mempunyai prioritas di dalam hal berkenaan dengan pendidikan di mana pemerintah menggariskan pendidikan dasar sehingga 99%. Penduduk negara ini merupakan lulusan pendidikan dasar.

INDEKS RASUAH
Berdasarkan kepada indeks rasuah, Denmark merupakan sebuah negara yang memegang ranking pertama dalam negara-negara paling aman di dunia dan apa yang lebih membanggakan lagi adalah Denmark adalah antara negara yang tergolong dalam kumpulan 10 terbaik bebas rasuah. Merujuk kepada ranking indeks rasuah dengan skala 90 iaitu sebuah negara yang mencapai skor 50 hingga 100 adalah semakin bersih daripada rasuah.

Kebebasan Media

Media merupakan satu medium untuk memperolehi maklumat, berita, hiburan dan sebagainya kerana kehidupan manusia pada hari ini dipandu oleh pembaharuan teknologi. Peranan  media dalam kehidupan manusia masa kini semakin besar dan seolah-olah menjadi satu kewajipan dalam kehidupan seharian mereka. Kesan besar daripada pengaruh media maka ia telah memberi satu evolusi yang besar kepada cara manusia untuk mendapatkan informasi itu sendiri.

Ranking kebebasan media peringkat global yang dikeluarkan oleh Freedom House yang melibatkan sebanyak 197 buah negara yang terlibat menunjukkan Denmark berada di kedudukan ke lima. Jika ingin dibandingkan dengan negara Malaysia, ia dilabel sebagai negara yang tidak mempunyai kebebasan media sepertimana Denmark. Freedom House merupakan sebuah kumpulan pejuang kebebasan demokrasi antarabangsa dan juga senarai kedudukan yang dikeluarkannya adalah sempena Hari Kebebasan Media Antarabangsa. Ianya akan disambut pada setiap 3 Mei. 

Sunday 10 March 2013

TeOri Sistem Dunia


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..Entri kali ini akan membincangkan mengenai Teori Sistem Dunia dan Teori Kebergantungan seperti yang telah ditugaskan kepada kami oleh Encik Hafis bin Amat Simin, pensyarah untuk subjek Pembangunan dan Perubahan Sosial. Kami akan cuba untuk menerangkan mengenai dua teori ini, dan sedaya upaya untuk mengaitkan dua teori ini dalam realiti keadaan dunia di abad ke 21.

Sebagai pengenalan, Teori Kebergantungan dipelopori oleh Dos Santos yang menyatakan bahawa pihak negara kaya akan terus mendapat faedah di atas sumber kekayaan negara miskin seperti bahan mentah, hasil bumi dan sebagainya. Negara kaya mempunyai kelebihan dari segi teknologi dan kepakaran yang membolehkan negara kaya menonjol dalam menguasai ekonomi dunia dan terus berkembang maju. Negara miskin pula, hanya bertindak sebagai penyedia bahan mentah, disebabkan oleh ketiadaan kepakaran dan teknologi di negara mereka. Akhirnya, segala bahan mentah yang diambil dari negara miskin tersebut, diproses, dan akhirnya dijual kembali kepada negara miskin tersebut. Dos Santos juga menambah, “Neokolonialisme” antara faktor penting kepada kuatnya Teori Kebergantungan dimana negara bekas jajahan bergantung sepenuhnya kepada negara kaya dalam proses mebangunkan negara mereka. Ini termasuklah dalam aspek perdagangan di mana melibatkan pelaburan asing, bantuan asing, dan juga hutang asing.



Bercakap mengenai Teori Sistem Dunia pula, ia telah dipelopori oleh Immanuel Wallerstein yang telah pun melengkapkan Teori Kebergantungan dengan mewujudkan semi-pinggiran, sebagai pelengkap kepada negara teras dan negara pinggiran.

 Immanuel Wallerstein
 Teori sistem dunia menerangkan adanya bentuk hubungan negara dalam sistem dunia yang terbahagi dalam bentuk negara teras, negara semi pinggiran dan pinggiran sebagaimana yang telah dijelaskan dalam entri sebelum ini yang mana negara kaya iaitu negara teras akan menggunakan negara semi pinggiran dan pinggiran untuk mendapatkan sumber kekayaan manakala negara semi pinggiran dan pinggiran pula  akan berusaha dan mengatur strategi untuk mencapai tahap negara teras dan semi pinggiran dalam masa yang sama terpaksa bergantung kepada negara teras untuk mendapatkan sumber dalam menghadapi defisit negaranya.


Dalam mengaitkan kedua-dua teori sistem dan kebergantungan ini dalam realiti keadaan dunia pada abad 21 ini, kami berikan contoh negara yang tergolong dalam negara teras, semi pinggiran dan pinggiran. Negara teras adalah negara-negara seperti London, Tokyo, Australia, New York dan Amerika Syarikat yang memberi bantuan beserta syarat dari segi kewangan, teknologi dan human resource kepada negara semi pinggiran dan pinggiran menyebabkan negara-negara ini terpaksa bergantung kepada negara teras untuk menghadapi defisit daripada sumber-sumber berikut.
 Bendera negara-negara teras.
 New York

 London

 Tokyo

 Australia

 Negara-negara semi pinggiran pula adalah seperti Malaysia, Korea Selatan, Hong kong, Taiwan dan lain-lain, negara-negara ini memiliki posisi tawar-menawar perdagangan yang berbeza dengan negara yang dimiliki oleh negara pinggir. Negara semi pinggiran ini diperlukan diperlukan negara teras untuk mengembangkan modal mereka khususnya dalam perdagangan. Negara pinggiran pula merupakan negara yang mempunyai kedudukan paling rendah dalam kitaran kemiskinan seperti negara-negara di benua Afrika.
Bendera negara-negara semi pinggiran.

 Korea Selatan

 Malaysia

 Hong Kong

 Taiwan

 Menurut tokoh teori kebergantungan Andre Gunder Frank hubungan negara pinggir dan negara teras selalunya merugikan negara pinggir manakala menurut Immanuel Wellerstein, kapitalisme global selalu memberikan peluang kepada negara-negara pinggir untuk membolehkan negara pinggir membuat perubahan dalam naik dan turun kelas. Dalam teori sistem dunia, setiap negara boleh turun dan naik kelas sebagaimana contoh yang boleh dilihat pada abad ini setelah negara-negara Eropah seperti Inggeris, Belanda dan Perancis hancur, kini Amerika adalah negara terkuat dan munculnya negara-negara industri baru seperti Taiwan, Singapura, Hong kong dan Cina yang merupakan contoh naiknya negara kelas pinggiran kepada semi pinggiran dan mungkin merebut menjadi negara teras.
Kesimpulannya, teori sistem dunia ini memperlihatkan negara-negara teras, semi pinggiran dan pinggiran masing-masing mempunyai kaitan ekonomi dan saling bergantungan.

Monday 4 March 2013

Berjimba Ria di Oldtown White Coffe























Skodeng Oldtown White Coffe



Dalam memahami pembangunan dan perubahan sosial, kumpulan kami telah ditugaskan untuk mengkaji kesan pembangunan dan perubahan sosial yang berlaku di Kuala Terengganu, khususnya semenjak pembukaan old Town White Coffee di Jalan Engku sar, Kuala terengganu.

Maka dengan itu, pada 3 Mac 2013, sekitar jam 10 malam kami tiba di old Town White Coffee dan memilih meja yang paling hujung sebagai tempat untuk melakukan pemerhatian.

Kami memesan beberapa jenis minuman, antaranya Mocha, Aiskrim, Coffee Dumpling Fried sambil memerhati pelanggan lain yang berada di dalam kafe tersebut.

Sepanjang pemerhatian, kami mendapati bahawa kebanyakan pelanggan yang mengunjungi Old Town White Coffee terdiri daripada anak muda, orang dewasa dan keluarga dari dua kaum, iaitu kaum melayu dan kaum cina.

Dari segi komposisi kaum yang menjadi pelanggan pada malam itu, dapatlah dinyatakan disini bahawa kaum cina mendominasi jumlah pelanggan yang hadir. Kami percaya, faktor tradisi menjadi sebab utama kurangnya kaum-kaum lain, terutamanya Melayu di Old Town White COffee ini.
Kebanyakan orang melayu contohnya, lebih biasa untuk minum ataupun makan di gerai-gerai yang menyajikan makanan-makanan siam seperti Tom Yam dan sebagainya. Faktor harga tidak begitu dominan, pada anggapan kami dalam mempengaruhi jumlah komposisi kaum yang menjadi pelanggan Old Town White Coffee.

Melihat kepada aktiviti yang dilakukan oleh pelanggan yang hadir, selain menikmati kopi, mereka menjadikan Old Town White Coffee sebagai tempat untuk berbincang soal perniagaan bagi orang dewasa, melayari internet bagi anak muda, dan menikmati makan malam bersama-sama bagi mereka yang datang sekeluarga.

Cara pemakaian pelanggan yang hadir pula adalah santai dan tidak terlalu formal, mungkin kerana mereka hanya ingin menikmati secawan kopi, berborak ataupun melayari internet secara percuma menggunakan peranti pintar.

Menyentuh mengenai suasana didalam kafe tersebut, susun atur perabot dan muzik yang dipasang sungguh menenangkan dan menyenangkan kami.

Kebersihan di dalam kafe juga terjaga, ditambah dengan amalam kebersihan yang terlihat dari pemakaian apron, topi dan kasut bagi pekerja di Kafe tersebut.

Setelah satu jam setengah berada di kafe tersebut, kami memutuskan untuk mengakhiri pemerhatian kami di Kafe tersebut.


Nota : kami membayar RM40.45 untuk Mocha, White Coffee, aiskrim dan Dumpling fried

awok-awok Oldtown White Coffee




sampaii sudaa.. jom masuk... :)



1st skali kne tgk menu la dulu k :)






suasana didalam old town.. ( upsss ada dua kepala yg kami kenali la.. :P )







tadaaaaaa... ni la air yg ktorg order..not bad.. but upsss..very expensive ok..hahaha

Sunday 3 March 2013

Assalamualaikum

First of all this blog not belong to u all but belong to us 'budak2 gen Y' yg terdiri daripada amar, hamdi, ema, raudah, shida, nikie and kin . . . kami merupakan student bachelor of social sciene ( coming soon degree holder bachelor of social sciene) . . . blog ni di cipta bukan untuk saje-saje tapi bertujuan untuk memenuhi proforma subjek Pembangunan & Perubahan Sosial yang di ajar oleh lecterur kami yg briliant punye otak . . (opss sory sir sesi mengampu jap).

Bydaway dengan ada nya blog ni kami dapat berganding bahu bersama2 untuk menjayakan blog ini di mata dunia (hahahaha) secara tidak langsung dapat memahami apa itu Pembangunan dan Perubahan Sosial.