Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..Entri
kali ini akan membincangkan mengenai Teori Sistem Dunia dan Teori
Kebergantungan seperti yang telah ditugaskan kepada kami oleh Encik Hafis bin
Amat Simin, pensyarah untuk subjek Pembangunan dan Perubahan Sosial. Kami akan
cuba untuk menerangkan mengenai dua teori ini, dan sedaya upaya untuk
mengaitkan dua teori ini dalam realiti keadaan dunia di abad ke 21.
Sebagai
pengenalan, Teori Kebergantungan dipelopori oleh Dos Santos yang menyatakan
bahawa pihak negara kaya akan terus mendapat faedah di atas sumber kekayaan
negara miskin seperti bahan mentah, hasil bumi dan sebagainya. Negara kaya
mempunyai kelebihan dari segi teknologi dan kepakaran yang membolehkan negara
kaya menonjol dalam menguasai ekonomi dunia dan terus berkembang maju. Negara
miskin pula, hanya bertindak sebagai penyedia bahan mentah, disebabkan oleh
ketiadaan kepakaran dan teknologi di negara mereka. Akhirnya, segala bahan
mentah yang diambil dari negara miskin tersebut, diproses, dan akhirnya dijual
kembali kepada negara miskin tersebut. Dos Santos juga menambah,
“Neokolonialisme” antara faktor penting kepada kuatnya Teori Kebergantungan
dimana negara bekas jajahan bergantung sepenuhnya kepada negara kaya dalam
proses mebangunkan negara mereka. Ini termasuklah dalam aspek perdagangan di
mana melibatkan pelaburan asing, bantuan asing, dan juga hutang asing.
Bercakap
mengenai Teori Sistem Dunia pula, ia telah dipelopori oleh Immanuel Wallerstein
yang telah pun melengkapkan Teori Kebergantungan dengan mewujudkan
semi-pinggiran, sebagai pelengkap kepada negara teras dan negara pinggiran.
Immanuel Wallerstein |
Teori sistem
dunia menerangkan adanya bentuk hubungan negara dalam sistem dunia yang
terbahagi dalam bentuk negara teras, negara semi pinggiran dan pinggiran
sebagaimana yang telah dijelaskan dalam entri sebelum ini yang mana negara kaya
iaitu negara teras akan menggunakan negara semi pinggiran dan pinggiran untuk
mendapatkan sumber kekayaan manakala negara semi pinggiran dan pinggiran pula
akan berusaha dan mengatur strategi untuk mencapai tahap negara teras dan
semi pinggiran dalam masa yang sama terpaksa bergantung kepada negara teras
untuk mendapatkan sumber dalam menghadapi defisit negaranya.
Dalam
mengaitkan kedua-dua teori sistem dan kebergantungan ini dalam realiti keadaan
dunia pada abad 21 ini, kami berikan contoh negara yang tergolong dalam negara
teras, semi pinggiran dan pinggiran. Negara teras adalah negara-negara seperti
London, Tokyo, Australia, New York dan Amerika Syarikat yang memberi bantuan
beserta syarat dari segi kewangan, teknologi dan human resource kepada negara
semi pinggiran dan pinggiran menyebabkan negara-negara ini terpaksa bergantung
kepada negara teras untuk menghadapi defisit daripada sumber-sumber berikut.
Bendera negara-negara teras.
New York |
London |
Tokyo |
Australia |
Negara-negara semi pinggiran pula adalah seperti Malaysia, Korea Selatan, Hong
kong, Taiwan dan lain-lain, negara-negara ini memiliki posisi tawar-menawar
perdagangan yang berbeza dengan negara yang dimiliki oleh negara pinggir.
Negara semi pinggiran ini diperlukan diperlukan negara teras untuk
mengembangkan modal mereka khususnya dalam perdagangan. Negara pinggiran pula
merupakan negara yang mempunyai kedudukan paling rendah dalam kitaran
kemiskinan seperti negara-negara di benua Afrika.
Bendera negara-negara semi pinggiran.
Korea Selatan |
Malaysia |
Hong Kong |
Taiwan |
Menurut tokoh teori
kebergantungan Andre Gunder Frank hubungan negara pinggir dan negara teras
selalunya merugikan negara pinggir manakala menurut Immanuel Wellerstein,
kapitalisme global selalu memberikan peluang kepada negara-negara pinggir untuk
membolehkan negara pinggir membuat perubahan dalam naik dan turun kelas. Dalam
teori sistem dunia, setiap negara boleh turun dan naik kelas sebagaimana contoh
yang boleh dilihat pada abad ini setelah negara-negara Eropah seperti Inggeris,
Belanda dan Perancis hancur, kini Amerika adalah negara terkuat dan munculnya
negara-negara industri baru seperti Taiwan, Singapura, Hong kong dan Cina yang
merupakan contoh naiknya negara kelas pinggiran kepada semi pinggiran dan
mungkin merebut menjadi negara teras.
Kesimpulannya,
teori sistem dunia ini memperlihatkan negara-negara teras, semi pinggiran dan
pinggiran masing-masing mempunyai kaitan ekonomi dan saling bergantungan.
No comments:
Post a Comment