Dalam memahami pembangunan dan perubahan sosial,
kumpulan kami telah ditugaskan untuk mengkaji kesan pembangunan dan perubahan
sosial yang berlaku di Kuala Terengganu, khususnya semenjak pembukaan old Town
White Coffee di Jalan Engku sar, Kuala terengganu.
Maka dengan itu, pada 3 Mac 2013, sekitar jam 10
malam kami tiba di old Town White Coffee dan memilih meja yang paling hujung
sebagai tempat untuk melakukan pemerhatian.
Kami memesan beberapa jenis minuman, antaranya
Mocha, Aiskrim, Coffee Dumpling Fried sambil memerhati pelanggan lain yang
berada di dalam kafe tersebut.
Sepanjang pemerhatian, kami mendapati bahawa
kebanyakan pelanggan yang mengunjungi Old Town White Coffee terdiri daripada
anak muda, orang dewasa dan keluarga dari dua kaum, iaitu kaum melayu dan kaum
cina.
Dari segi komposisi kaum yang menjadi pelanggan
pada malam itu, dapatlah dinyatakan disini bahawa kaum cina mendominasi jumlah
pelanggan yang hadir. Kami percaya, faktor tradisi menjadi sebab utama
kurangnya kaum-kaum lain, terutamanya Melayu di Old Town White COffee ini.
Kebanyakan orang melayu contohnya, lebih biasa
untuk minum ataupun makan di gerai-gerai yang menyajikan makanan-makanan siam
seperti Tom Yam dan sebagainya. Faktor harga tidak begitu dominan, pada
anggapan kami dalam mempengaruhi jumlah komposisi kaum yang menjadi pelanggan
Old Town White Coffee.
Melihat kepada aktiviti yang dilakukan oleh
pelanggan yang hadir, selain menikmati kopi, mereka menjadikan Old Town White
Coffee sebagai tempat untuk berbincang soal perniagaan bagi orang dewasa,
melayari internet bagi anak muda, dan menikmati makan malam bersama-sama bagi
mereka yang datang sekeluarga.
Cara pemakaian pelanggan yang hadir pula adalah
santai dan tidak terlalu formal, mungkin kerana mereka hanya ingin menikmati
secawan kopi, berborak ataupun melayari internet secara percuma menggunakan
peranti pintar.
Menyentuh mengenai suasana didalam kafe tersebut,
susun atur perabot dan muzik yang dipasang sungguh menenangkan dan menyenangkan
kami.
Kebersihan di dalam kafe juga terjaga, ditambah
dengan amalam kebersihan yang terlihat dari pemakaian apron, topi dan kasut
bagi pekerja di Kafe tersebut.
Setelah satu jam setengah berada di kafe tersebut,
kami memutuskan untuk mengakhiri pemerhatian kami di Kafe tersebut.
Nota : kami membayar RM40.45 untuk Mocha, White
Coffee, aiskrim dan Dumpling fried
Laa biasala harga macam tu.. nama lagi old town..
ReplyDeleteIni cerita apa ni... tak ada ke cerita2 terkini..
terutama yang tengah berlaku sekarang... itu pun kajian sosial juga kan.. renung2 kan.. selamat beramal.....
eee awk ni kn.... kteorg kne bt kajian psl old town jela.... eeiii... bkn psl lahad datu..
ReplyDeleteoh ye ke? apa yang dapat ek kalau kaji pasal kopitiam ni?
ReplyDeleteOooo nanti habis study nak bukak kedai kopilah ni ek....
eee pnsyarah yg sruh la
ReplyDeletekalau pensyarah suruh buat kena buatlah ek...
ReplyDeleteooo gitu ke? baru tahu....