Friday 22 March 2013

THE SCANDINAVIAN-->DENMARK




 BENDERA DENMARK


Sejarah Denmark
Denmark terletak di utara Jerman dan Poland, Timur Laut Sweden dan selatan Norway. Ianya juga bersempadan dengan Laut Baltik dan Laut Utara dan semenanjung yang bersambung dengan Jerman serta pulau-pulau kecil. Denmark juga merupakan negara Nordik yang paling kecil. Selain daripada itu juga, Denmark mempunyai penduduk seramai 5,55 juta orang yang dikenali sebagai negara yang mempunyai prioritas di dalam hal berkenaan dengan pendidikan di mana pemerintah menggariskan pendidikan dasar sehingga 99%. Penduduk negara ini merupakan lulusan pendidikan dasar.

INDEKS RASUAH
Berdasarkan kepada indeks rasuah, Denmark merupakan sebuah negara yang memegang ranking pertama dalam negara-negara paling aman di dunia dan apa yang lebih membanggakan lagi adalah Denmark adalah antara negara yang tergolong dalam kumpulan 10 terbaik bebas rasuah. Merujuk kepada ranking indeks rasuah dengan skala 90 iaitu sebuah negara yang mencapai skor 50 hingga 100 adalah semakin bersih daripada rasuah.

Kebebasan Media

Media merupakan satu medium untuk memperolehi maklumat, berita, hiburan dan sebagainya kerana kehidupan manusia pada hari ini dipandu oleh pembaharuan teknologi. Peranan  media dalam kehidupan manusia masa kini semakin besar dan seolah-olah menjadi satu kewajipan dalam kehidupan seharian mereka. Kesan besar daripada pengaruh media maka ia telah memberi satu evolusi yang besar kepada cara manusia untuk mendapatkan informasi itu sendiri.

Ranking kebebasan media peringkat global yang dikeluarkan oleh Freedom House yang melibatkan sebanyak 197 buah negara yang terlibat menunjukkan Denmark berada di kedudukan ke lima. Jika ingin dibandingkan dengan negara Malaysia, ia dilabel sebagai negara yang tidak mempunyai kebebasan media sepertimana Denmark. Freedom House merupakan sebuah kumpulan pejuang kebebasan demokrasi antarabangsa dan juga senarai kedudukan yang dikeluarkannya adalah sempena Hari Kebebasan Media Antarabangsa. Ianya akan disambut pada setiap 3 Mei. 

No comments:

Post a Comment