Monday 4 March 2013

Skodeng Oldtown White Coffe



Dalam memahami pembangunan dan perubahan sosial, kumpulan kami telah ditugaskan untuk mengkaji kesan pembangunan dan perubahan sosial yang berlaku di Kuala Terengganu, khususnya semenjak pembukaan old Town White Coffee di Jalan Engku sar, Kuala terengganu.

Maka dengan itu, pada 3 Mac 2013, sekitar jam 10 malam kami tiba di old Town White Coffee dan memilih meja yang paling hujung sebagai tempat untuk melakukan pemerhatian.

Kami memesan beberapa jenis minuman, antaranya Mocha, Aiskrim, Coffee Dumpling Fried sambil memerhati pelanggan lain yang berada di dalam kafe tersebut.

Sepanjang pemerhatian, kami mendapati bahawa kebanyakan pelanggan yang mengunjungi Old Town White Coffee terdiri daripada anak muda, orang dewasa dan keluarga dari dua kaum, iaitu kaum melayu dan kaum cina.

Dari segi komposisi kaum yang menjadi pelanggan pada malam itu, dapatlah dinyatakan disini bahawa kaum cina mendominasi jumlah pelanggan yang hadir. Kami percaya, faktor tradisi menjadi sebab utama kurangnya kaum-kaum lain, terutamanya Melayu di Old Town White COffee ini.
Kebanyakan orang melayu contohnya, lebih biasa untuk minum ataupun makan di gerai-gerai yang menyajikan makanan-makanan siam seperti Tom Yam dan sebagainya. Faktor harga tidak begitu dominan, pada anggapan kami dalam mempengaruhi jumlah komposisi kaum yang menjadi pelanggan Old Town White Coffee.

Melihat kepada aktiviti yang dilakukan oleh pelanggan yang hadir, selain menikmati kopi, mereka menjadikan Old Town White Coffee sebagai tempat untuk berbincang soal perniagaan bagi orang dewasa, melayari internet bagi anak muda, dan menikmati makan malam bersama-sama bagi mereka yang datang sekeluarga.

Cara pemakaian pelanggan yang hadir pula adalah santai dan tidak terlalu formal, mungkin kerana mereka hanya ingin menikmati secawan kopi, berborak ataupun melayari internet secara percuma menggunakan peranti pintar.

Menyentuh mengenai suasana didalam kafe tersebut, susun atur perabot dan muzik yang dipasang sungguh menenangkan dan menyenangkan kami.

Kebersihan di dalam kafe juga terjaga, ditambah dengan amalam kebersihan yang terlihat dari pemakaian apron, topi dan kasut bagi pekerja di Kafe tersebut.

Setelah satu jam setengah berada di kafe tersebut, kami memutuskan untuk mengakhiri pemerhatian kami di Kafe tersebut.


Nota : kami membayar RM40.45 untuk Mocha, White Coffee, aiskrim dan Dumpling fried

5 comments:

  1. Laa biasala harga macam tu.. nama lagi old town..
    Ini cerita apa ni... tak ada ke cerita2 terkini..
    terutama yang tengah berlaku sekarang... itu pun kajian sosial juga kan.. renung2 kan.. selamat beramal.....

    ReplyDelete
  2. eee awk ni kn.... kteorg kne bt kajian psl old town jela.... eeiii... bkn psl lahad datu..

    ReplyDelete
  3. oh ye ke? apa yang dapat ek kalau kaji pasal kopitiam ni?
    Oooo nanti habis study nak bukak kedai kopilah ni ek....

    ReplyDelete
  4. kalau pensyarah suruh buat kena buatlah ek...
    ooo gitu ke? baru tahu....

    ReplyDelete